| Laman web dan produk Rahsiamillionare adalah
tertakluk dibawah syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti
dibawah :
Penafian
-
Segala penerangan yang dibekalkan di
dalam produk sama ada secara langsung atau tidak langsung
tidak menjamin bahawa setiap pengguna akan berjaya mengikut
langkah - langkah yang diberikan walaupun pihak penerbit
telah memastikan segala usaha yang diberikan adalah yang
terbaik.
-
Pihak kami juga tidak akan
bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kecederaan
yang anda perolehi semasa menggunakan perkhidmatan dan
produk kami.
-
Pihak kami tidak menjanjikan sebarang
pendapatan yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya adalah
bergantung kepada usaha dan kerja keras pihak pengguna itu
sendiri.
Butiran Sulit, Keahlian, Pautan
-
Sebarang butiran sulit yang khas
diberikan kepada pengguna yang mendaftar bersama mana - mana
produk keluaran Rahsia millionare adalah hak milik peribadi
pengguna sendiri. Pengguna dilarang sama sekali untuk
menyebarkan butiran sulit ini kepada pihak lain tanpa
sebarang notis dan mendapat keizinan daripada pihak kami.
-
Maklumat keahlian seperti UserID,
Password, Kod Diskaun adalah hak milik pengguna sahaja. Ia
tidak boleh dikongsikan kepada pihak ketiga sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.
-
Sebarang pautan sama ada pautan (link)
muat turut (download), pautan halaman rahsia, pautan halaman
keahlian adalah dilarang disebarkan dalam apa jua bentuk
sekalipun sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
-
Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini
akan menyebabkan pengguna akan dikenakan pembatalan terhadap
akaun miliknya.
Etika Dan Tatacara
-
Pihak kami sama sekali tidak membenarkan
mana - mana bahan informasi produk, perkhidmatan dan
kandungan web dipautkan atau dimasukkan ke dalam halaman web
seperti : laman web lucah, laman web jenayah, laman web yang
menyediakan bahan cetak rompak, laman web penggodam, laman
web spam dan laman web isu politik.
-
Segala aktiviti promosi haruslah
menggunakan informasi dan penerangan yang benar dan tepat
tanpa sebarang unsur - unsur penipuan.
Polisi Anti-SPAM
-
Kami mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM
yang kami maksudkan adalah aktiviti melakukan promosi
seperti menghantar email kepada pengguna tanpa kebenaran,
melakukan pengiklanan di web pihak lain seperti forum tanpa
etika dan menghormati pihak laman web, melakukan perkara -
perkara yang mengganggu privasi pihak lain yang mana hal ini
boleh menjatuhkan reputasi pihak kami. Jika didapati
pengguna melakukan perkara ini, tindakan tegas dan undang -
undang akan diambil.
Pembatalan Akaun / Keahlian
-
Pihak kami berhak membatalkan mana - mana
akses dan penggunaan produk jika terdapat pengguna yang
menyalahgunakan mana - mana perkhidmatan, kandungan
informasi dan produk yang dibekalkan.
-
Pihak kami juga akan mengambil tindakan
menyekat mana - mana pengguna yang jika didapati bersalah
menyalahgunakan perkhidmatan, kandungan informasi dan produk
yang dibekalkan sekiranya mendapat aduan daripada pihak
lain.
-
Pihak kami juga berhak untuk meminda dan
mengubah mana - mana isikandungan halaman web, produk dan
informasi yang dibekalkan tanpa sebarang notis awal.
Jaminan Pulangan Wang
-
Pihak kami menyediakan jaminan pulangan
wang selama 30 hari dari tempoh anda mendapatkan produk yang
kami bekalkan.
-
Setiap permohonan pemulangan wang
haruslah disertakan bukti - bukti sah yang diperlukan
seperti bukti anda mencuba produk dan arahan yang diberikan.
-
Tempoh pemulangan wang adalah 14 hari
selepas permohonan anda disahkan lulus oleh pihak kami.
Data
-
Pengguna disarankan untuk membuat salinan
(backup) untuk kegunaan sendiri.
-
Sebarang kehilangan data disebabkan
kecuaian pengguna adalah diluar kawalan kami dan kami tidak
akan melayan sebarang alasan untuk mendapatkan data semula.
Polisi Privasi
-
Pihak kami hanya mengambil data daripada
pengguna yang telah menjadi pembeli atau pengguna yang
memohon untuk mendapatkan tips - tips atau bahan - bahan
keluaran kami menerusi sistem "mailing list" dan
juga "autoresponder".
-
Segala pembelian yang dilakukan adalah
merupakan transaksi yang diyakini terjamin keselamatannya
sama ada menggunakan perbankan ataupun kad kredit. Pembelian
menerusi kad kredit adalah dijalankan menerusi "secure
connection".
-
Semua data yang kami terima adalah
dipertahankan daripada diceroboh daripada pihak asing. Kami
tidak akan sama sekali memberi, menjual atau mengedarkan
data pengguna kepada pihak ketiga.
Kiriman Email
-
Kiriman email yang dihantar oleh pihak
kami kepada pengguna adalah dipohon oleh pengguna sendiri
menerusi sistem mailing list dan autoresponder.
-
Pengguna boleh keluar daripada sistem
mailing list dan autoresponder pada bila - bila masa sahaja
menerusi link "unsubcribe" yang sentiasa
disertakan pada setiap email yang terkirim.
Dengan itu, sebagai pengguna produk atau agen
pemasaran Rahsiamillionare.com, anda tertakluk kepada syarat dan
terma yang telah ditetapkan diatas.
Kegagalan untuk menepati salah satu syarat
diatas boleh menyebabkan anda kehilangan hak sebagai pengguna
ataupun agen kami.
|